Dakwah : Bergerak dengan strategi yang tepat.
Dalam kemajuan teknolgi manusia yang semakin maju,maka pendakwah islam harus terus maju dengan konsep perjuangan yang jelas dan keyakinan yang bulat dan sempurna.
Persoalan di zaman ini bukan lagi berkisar kepada ada atau tiada tuhan.tetapi berkisar kepada tuhan yang wajib disembah dan ditaati.Bukan lagi berkisar kepada perlu atau tidak perlunya agama tetapi agama yang macam mana sanggup menjawab dan memecah persoalan dan tuntutan kemanusiaan,agama yang dijadikan anutan dan peganngan.Zaman ini tidak sepatutnya perlu lagi membincangkan soal perlu atau tidaknya keimanan.tetapi persoalan kepercayaan dan keyakinan yang bagaimana sesuai dengan fitrah insane.
Para pendakwah tidak boleh asyik meratapi masa lalu.senandung masa lalu hanya kenangan masa silam.perjuangan pemndakwah masa kini memerlukan pemikiran yang baru,analisa dan jangkauan yang teratur.untuk itu pendakwah mestilah mempunyai ilmu pengetahuan dan keyainan yang kuat dan sanggup menghadapi tentangan dan persoalan yang tercetus di hadapan mata kita seperti krisis moral di kalangan generasi muda-mudiislam,perselisihan pandangan para alim ulama,yang dilihat secara negative dan beberapa masalah modenisasi yang berlaku di dalam islam yang ditimbulkan oleh para ulama dan intelektual islam dan juga masalah-masalah yang kita hadapi dari orang bukan islam.
Oleh kerana itu perlu diadakan satu garis panduan yang memperjuangkan ideology,startegi umum memperjuangkan cita-cita supaya tidak ada terjadi kesimpangsiuran dalam perjuangan.setiap kali memperjuangkannya keyakinan mestilah ada berlandaskan idealogi yang jelas,tegas serta strategidan taktik-taktik kea rah menuju maju dan berkesan dalam perjuangan tersebut.
Perkataan ideas dan logos hanya berasal dari perkataan yunani iaitu idea bererti cita-cita dan logos pula memebrei maksud pengetahuan.dengan kata lain idealogi ini mempunya pengertian sebagai pengetahuan.,tentang cita-cita atau ajaran.
Menurut definisi yang dikemukakan oelh ahli sosioogi bernama Rudolf Hebrie,iddealogi bermaksud keselyruhan kumpulan kompleksdaripada idea-idea(cita-cita)atau tujuan ,teori-teori,doktrin-doktrin nilai-nilai dan prinsip-prinsip mengenai strategi dan taktik yang khas kepada sesuatu gerakan.
Secara umumnya idealogi itu meliputi tujuan,prinsip-prinsip kerja dan nilai-nilai dasar sesuatu gerakan.
Dalam mempelajari sesuatu idealogi,kita perlu membezakan antara idea-idea yang essential(pokok atau dasar) dan idea-idea yang tidak essential.Idea-idea yang essential adalah ajaran-ajaran atau doktrin-doktrin yang bersifat pokok sementara yang sebaliknya pula adalah bukanlah bersifat pokok dan dapat berubah mengikut suasana,keadaan dan perkembangan masyarakat.
Idea-idea essential dianggap sebagai factor atau unsure idealogi.Idea-idea ini juga dinamakan dengan ‘constituveideas’ yang merupakan ‘constitution’ atau dasar pokok sesuatu gerakan yang meliputi tiga masalah pokok
cita-cita dan tujuan akhir sesuatu gerakan(matlamt)
sosial – falsafah daripada gerakan,antara lain meliputi konsep tentang hakikat manusia,perhubungan antara individu dan masyarakat serta susunan masyarakat yang dicita-citakannya.
Cara jalan dan alat untuk mencapai tujuan.
Di dalam islam,idea-idea yang essential ini dikenal dengan masalah asal(pokok) yang bersifat Qat’ie (tegas dan jelas nasnya di dalam Al Quran dan Al Hadis.Manakala yang tidak essential pula dikenali dengan masalah furu’ iaitu tidak jelas nasnya di dalam Al Quran dan Al-Sunnah,hukumnya dihasilkan dengan jalan ijtihad melalui istimbat,qias dan sebagainya.Masalah furu’tidak boleh dijadikan idealogi kerana boleh menimbulkan pepecahan dan kekeliruan umat..Sebagaimana yang telah diketahui bahawa segala idealogi yang pernah kita ketahui adalah bersumberkan asas,falsafah dan pandangan hidup.Demikian pula idealogi Dakwah Islam yang hendak kita bawa ini adalah pancaran sinar dari asas kehidupan islam diturunkan Allah s.w.t.
Kita mengambil wahyu untuk merumus dan menyusun formula idealogi.bertolak dari sinilah kita membentuk idealogi perjuangan dan kita membentangkan kaedah serta strategi perjuangan yang dikehendakki.Rumusan idealogi dakwah yang bersumberkan AlQuran dan Al hadis sahajalah yang dapat kita ketengahkan kepada manusia sebagai pilihan untuk mengembangkan kehidupan,mengendalikan manusia dan sanggup menjawab serta memecahkan persoalan kemanusiaan kita.
Idealogi dakwah islam mestilah secara positif mencantumkan dalam program perjuanagnnya mengembalikan umat islam kepada petunjuk AlQuran dan al sunnag di dalam setiap gerak langkah dan tindak tanduknya sehari hari memerang syirik,bidah ,tahyul dan khurafat,melepaskan umat islam dari taklid buta,meluruskan iktikad dan sebagainya.Dalam masa yang sam berkewajipan pula menyeru umat manusia yang masih belum beragama islam agar memeluk agama Islam.
Idealogi dakwah islam sebenarnya mempunyai tugas di dalam (Islamic camp) dan di luar(non Islamic camp).Tugas di dalam lebih menekankan persoalan umat islam sendiri,membangunkan dunia islam kembali selaras dengan kemajuan sains dan teknologi.Tugas di luar pula menarik seramai mungkin orang-orang bukan islam supaya menganut Agama Islam.
Orang-orang di dalam Islamic camp juga harus memasukki non Islamic camp di segenap bidang kehidupan terutamanya bidang social kerana bidang ini lebih memberi kesan dalam proses penyebaran dakwah.Contoh yang dapat diberikan di sini ialah bantuan seperti bantuan yang diberikan oleh orang islam kepada bukan islam di saa mereka sangat memerlukan bantuan samaada berbentuk moral mahu pun material akan mengetuk hati mereka untuk mengenal islam lebih jauh lagi.
Untuk mengatur dan menyusun strategi dan taktik dakwah kita tidak boleh terlepas dari prinsip-prinsip yang digariskan di dalam surah an Nahl ayat 125 bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu(wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih menegtahui akan orang yang sesat dari jalannya dan dialah juga yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”
Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman
“Dan mereka (yang ingkar) bertanya; bilakah Berlakunya azab yang telah dijanjikan itu,jika betul kamu orang-orang yang benar?” (Surah Saba : Ayat 29)
Dari keterangan 2 ayat di atas ukup memberi petunjuk bagi kita dalam mengatur strategi dan taktik berdakwah.Kita tidakboleh bersikap provokatif atau agresif dalam mengatur setiap langkah kita kea rah menyampaikan risalah dakwah islamiah.Taktik yang kit ajalankan mestilah lebih banyak mengandungi pujukan dan memberi keterangan-keterangan yang baik.Taktik yang akan kita laksanakna itu sama ada secara direct purposeful experiences,contrived experiences dan dramatized experiences.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment